Rabu, 3 Ogos 2016

#3 RAWATAN PERTAMA -D&C Day 1

Assalamualaikum.

Sepatutnya entri ini aku tulis 30Julai lalu, tapi keadaan tidak mengizinkan.

Aku terima call dari pihak HSB pada 24 Julai dan aku diingatkan untuk datang awal pada 30 Julai untuk daftar masuk wad.

Seawal jam 8.30 pagi, (Sabtu) aku bergerak ke HSB. Mudah parking harini sebab hari cuti mingguan mungkin. Aku terus ke tempat daftar wad di kawasan lobi HSB. Orang tak ramai. Rasanya aku yang 1st.  Aku serahkan surat Kemasukan Wad yang aku terima masa 2nd appoiment dulu. Disebabkan aku penjawat awam, tiada deposit dikenakan.

Lepas tu aku dan Mylaling hala ke cafe dulu. Untuk breakfast. Maklumlah awal lagi. Ini antara tempat makan termurah di Malaysia aku rasa. Aku makan kueteow goreng+sambal bilis, teh o ais, Mylaling makan mee goreng dan teh tarik, semuanya RM4 aje. aduh!!! So jangan risau kalau tak ada duit nak makan. RM10 tu boleh makan 2 orang.

Selesai semua aku naik lif ke tingkat 2, Wad Kenanga B. Aku ditempatkan di Wad Kelas 2(Bilik berempat tapi katil ada 5  huhu) Agak sempit tapi selesalah sebab ada aircond. Tiba-tiba nurse berbangsa cina(bagus amoi ni..) tanya aku. "Puan pakai GL (Guarantee Letter) kan, tau tak Kelayakan wad untuk puan kelas apa? " Mujur sebelum ni aku sempat semak status dalam sistem HRMIS. Aku katakan aku layak Kelas 1. Dia minta aku tunggu. Pada waktu tu aku tak sempat duduk lagi di katil yang awalnya aku ditempatkan. Tak sampai seminit, nurse cina tadi datang bagitahu aku, minta aku ke Tingkat 7, Wad Bunga Raya A.

Aku dan Mylaling pun terus angkat beg naik lif ke tingkat 7 dan ke kaunter di wad berkenaan. Alhamdulilah. Wad Kelas 1 Katil Berempat ni lebih selesa dan besar dari Kelas 2. 

Dalam bilik tu ada 2katil berpenghuni. Tiba2 masuk sorang lagi penghuni, semuanya makcik2. Makcik sebelah katil aku ok je. 

Pukul 9.30 selesai semua. Mylaling terpaksa balik sebab banyak kerja perlu diselesaikan harini dan aku pun tak kisah sebab aku bukannya sakit. Sihat Walafiat. 


katil aku..tepi tingkap..

Tak lama lepas tu, datang sorang nurse, tanya aku, pernah warded tak. Aku kata pernah tapi hospital private. Tak pe katanya , dia nak breefing sikit. pasal waktu melawat,waktu makan, itu ini..blablabla.. ok.sain sikit surat yang ada term benda alah tu..siap

Pukul 11.30 lunch sampai. Apa lagi makanlah. Siapa cakap makanan hospital tak sedap?  Oklah pada aku. Bayar murah tapi nak makan sedap, kau masaklah sendiri.


Lepas makan datanglah beberapa orang doktor sembang lebih kurang..dan bagi aku sejarum..huhu.. Tanpa sapu apa2 antiseptik ke apa..terus dia cucuk mentah2 tangan aku.. Darah diambil dalam 1 tiub. 


Badan aku dah rasa kurang sedap. Makcik katil didepan sana batuk tak henti. Adoi..aku ni dahlah mudah berjangkit batuk dengan orang. Aku cakap kat doktor, aku rasa nak demam, hidung dah blocking. Ada sorang doktor tu (kerek sikit) dia cakap kalau demam tak boleh buat D&C, kena balik dulu lepas tu ambik tarikh lain. Amboi..dia ingat ofis aku bapak dia punya..suka2 hati nak cuti.. ingat hospital ni, mak aku punya, esok lusa boleh masuk suka2 hati. Kotlah nak bagi aku panadol ke hapa..haram! 

Last2 aku Wssp Mylaling belikan aku panadol solubles tu.  Petang makan malam sampai dalam pukul 5.30 . Pakar bius datang interview sikit. Walaupun badan aku dah panas, aku tipu je kata aku ok. Dia mintak aku start puasa pukul 12 mlm. Lepas makan panadol pukul 10 mlm aku terlelap.

Pukul 2 pagi aku terjaga, tekak aku kering, aku minum je air. mana boleh tahan. Makcik katil depan tu asyik batuk2, pastu marah2 anak dia, suara punya kuat macam kat rumah sendiri. Aku tengok katil makcik sebelah dah kosong. Entah mana dia pergi.. sampai ke pagi aku tak lelap..tension betul dengan batuk makcik tu dan mulut dia yang potpet2 membebel tak boleh tidur pasal batuk..dah tu, orang lain bolehla tidur?? sakit pulak hati.. 

ok..next entri bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan