Khamis, 4 Ogos 2016

#3 RAWATAN PERTAMA- D&C Day 2

Assalamualaikum.

Azan subuh..aku bangun.  Nak sembahyang, aku masih dalam period lagi. Aku tengok makcik sebelah dah ada. Tak sempat aku tanya, awal2 dia cakap dia lari tidur kat luar, tak boleh tidur bising ..huhu..

Nurse datang, bagitau aku, mintak aku ready sebab aku kena turn pertama. Lepas mandi, pukul 7 Mylaling sampai. Semalam lepas doktor datang check aku, dia bagitau turn aku yang pertama kira2 pukul 7.30. Aku terus wssp Mylaling. Masa dia sampai kebetulan aku tengah pakai baju bedah tu.  Dia tolong ikatkan tali. Katil troli tu dah sampai, naiklah baring atas tu. 2orang nurse tolak aku ke OT (Operation Teater). Sampai disana aku di passkan kepada staf OT. Prosedur biasa, ditanya nama dan nombor IC kat aku.

tag ni nurse pakaikan masa aku dah baring atas katil troli tu..

Semalam, pakar bius cakap nak bius separuh aje. Tapi harini diorang bius full. Dipakaikan corong oksigen dan aku dimintak bernafas seperti biasa. Lepas cucuk ubat bius ikut lubang jarum ditangan.. luuppppp..padam..

Sedar2 diorang dah kejutkan aku. Bercakap dengan aku. Aku pening2 lalat lagi. Dan 1 tiub ada dalam lubang hidung kanan aku..confirm hidung aku blocking masa operation tu . Ni semua makcik batuk tu punya pasal. berjangkit sampai aku selsema dan batuk. Dipihak Mylaling..dia terima sms ni..


Perut aku terasa sakit. Tapi taklah teruk sangat. Lubang hidung aku pun sakit sebab tiub tu dan hingga ke hari ini (4 Ogos) aku masih selsema dan hidung aku masih tersumbat. Aku nampak jam didinding pukul 9 pagi. Aku ditolak balik ke wad. Mylaling dah ada disana. Sejuk OT masih terasa. 2selimut aku. Mylaling terpaksa tinggalkan aku sebab ada kerja penting. Aku pun tak kisah sangat sebab aku nak tidur. Pening belum hilang. Dia janji datang balik tengahari.

Dalam pukul 9.30 semua dah selesai dan aku tertidur. Jaga aje dah pukul 11.30. itupun sebab doktor datang. Katanya aku dah boleh bangun, pergi tandas dan makan macam biasa. Petang kalau ok aku dah boleh discharge. 

Lepas tu aku ketandas..nak terkencing.. huhu boleh tahan sakit nak kencing pun, apalagi nak basuh. Masa aku berjalan terkepit2 nak ketandas, aku dah rasa darah tengah turun..Menceceh dipaha dan aku tukar baju dan kain batik yang aku bawa. Makan tengahari sampai. Perut dah memang lapar. Last makan semalam, aku makan roti pukul 9malam. 



Tengah makan Mylaling sampai. Kesian pulak dia. Terkejar kesana sini. Lebih kurang pukul 4 aku dah boleh discharge. Tunggu surat discharge,mc dan jarum ditangan pun dicabut. Siap semua aku berjalan perlahan2 ke tingkat 4 untuk ke Kaunter Ubat segera. 1ubat je..painkiller. 

Blur lah pulak..ini Kebenaran Caj Hospital. 

Mc 2minggu

Discharge Noted

Ok. Dapat saja 3 benda ni, teruslah aku turun ke tempat daftar semalam untuk serahkan borang biru Kebenaran Caj Hospital. Jika diikutkan, aku tak perlu bayar apa2 tapi bagi melengkap prosedur keluar wad aku pergi jugak. Bab Wad aku bagi 5bintang. Layanan nurse pun 5bintang..setaraf KMC yang pernah aku warded 2kali, tapi bab nak settlekan proses discharge ni..bagi taik bintang ajelah. Itupun kalau ada.

Aku sampai disitu dengan Mylaling pukul 4.30 petang. Nombor giliran aku 431. Nombor semasa 390 lebih tak salah aku. 2orang staf saja yang bertugas. Seorang staf cina (aku dengar orang disitu panggil dia Kak Ng) agak berumur, dialah yang pulun ..yang sorang lagi tu terhegeh2 pulak. Dia tinggalkan Kak Ng tu keseorangan hampir 40minit. Dan bila dia datang balik ke kaunter, asyik layan orang yang potong Q. Contohnya yang nak discharge tu masuk bilik tu dengan staf berpakaian nurse atau pekerja biasa(uniform putih). Diorang masuk je terus tala kat dia..sembang tersenyum tersengih dekat 10minit, lepas tu settle.. so kita yang tak ada kabel ni?? tunggulah sampai mereput. Dan nombor panggilan langsung tak bergerak. Orang makin ramai. Bayangkanlah dari pukul 4.30, pukul 7.15 baru nombor aku naik. Orang ramai dah mula bising. Kaunter ada 5. Yang betul2 macam ada orang hanya kaunter Kak Ng. Ikutkan hati aku boleh blah balik macam tu je sebab macammana pun aku tak payah bayar apa2. Mujur nombor aku dipanggil kaunter Kak Ng tu. 4minit tak sampai..settle..menunggu dekat 3jam.

inilah bil yang dapat.

Ini untuk rujukan korang yang nak buat D&C di HSB. Bil dan caj yang kena bayar. Lebih kurang RM260 keatas tak lebih RM300 ikut kelas wad. Tapi Alhamdulillah, aku free aje. Untungnya kerja kerajaan. Tapi kalau private, harga seperti di bil atau mungkin lebih RM2,766.00 . Aku sarankan, kalau korang tak nak jadi bahan pembelajaran nurse praktikal, eloklah cuba dapatkan Wad Kelas 2 atau 1 ni. Sebab sepanjang aku di Wad ni, aku tak nampak kelibat nurse praktikal pun. So, dah selamat dah dari jadi bahan ujikaji.

Hari ini hari ke 4 aku berehat dirumah.. berpantang juga macam orang beranak. Pantang makan dan kerja berat aje. Bertungku mungkin 2-3hari lagi. Risau pulak aku sebab darah masih turun. Apa sahaja melibatkan rahim..luka dikorek masa D&C tetap ada. Siapa nak tau macam mana prosedur D&C tu, boleh tengok kat youtube. Next appoiment pada 1 September untuk ambil sperm Mylaling. Aku diberi pilihan buat di makmal luar atau di HSB. Lebih baik di HSB.. free. Kalau kat luar, kena bayar lagi. Dan entri seterusnya ..kita jumpa 1September nanti..





Rabu, 3 Ogos 2016

#3 RAWATAN PERTAMA -D&C Day 1

Assalamualaikum.

Sepatutnya entri ini aku tulis 30Julai lalu, tapi keadaan tidak mengizinkan.

Aku terima call dari pihak HSB pada 24 Julai dan aku diingatkan untuk datang awal pada 30 Julai untuk daftar masuk wad.

Seawal jam 8.30 pagi, (Sabtu) aku bergerak ke HSB. Mudah parking harini sebab hari cuti mingguan mungkin. Aku terus ke tempat daftar wad di kawasan lobi HSB. Orang tak ramai. Rasanya aku yang 1st.  Aku serahkan surat Kemasukan Wad yang aku terima masa 2nd appoiment dulu. Disebabkan aku penjawat awam, tiada deposit dikenakan.

Lepas tu aku dan Mylaling hala ke cafe dulu. Untuk breakfast. Maklumlah awal lagi. Ini antara tempat makan termurah di Malaysia aku rasa. Aku makan kueteow goreng+sambal bilis, teh o ais, Mylaling makan mee goreng dan teh tarik, semuanya RM4 aje. aduh!!! So jangan risau kalau tak ada duit nak makan. RM10 tu boleh makan 2 orang.

Selesai semua aku naik lif ke tingkat 2, Wad Kenanga B. Aku ditempatkan di Wad Kelas 2(Bilik berempat tapi katil ada 5  huhu) Agak sempit tapi selesalah sebab ada aircond. Tiba-tiba nurse berbangsa cina(bagus amoi ni..) tanya aku. "Puan pakai GL (Guarantee Letter) kan, tau tak Kelayakan wad untuk puan kelas apa? " Mujur sebelum ni aku sempat semak status dalam sistem HRMIS. Aku katakan aku layak Kelas 1. Dia minta aku tunggu. Pada waktu tu aku tak sempat duduk lagi di katil yang awalnya aku ditempatkan. Tak sampai seminit, nurse cina tadi datang bagitahu aku, minta aku ke Tingkat 7, Wad Bunga Raya A.

Aku dan Mylaling pun terus angkat beg naik lif ke tingkat 7 dan ke kaunter di wad berkenaan. Alhamdulilah. Wad Kelas 1 Katil Berempat ni lebih selesa dan besar dari Kelas 2. 

Dalam bilik tu ada 2katil berpenghuni. Tiba2 masuk sorang lagi penghuni, semuanya makcik2. Makcik sebelah katil aku ok je. 

Pukul 9.30 selesai semua. Mylaling terpaksa balik sebab banyak kerja perlu diselesaikan harini dan aku pun tak kisah sebab aku bukannya sakit. Sihat Walafiat. 


katil aku..tepi tingkap..

Tak lama lepas tu, datang sorang nurse, tanya aku, pernah warded tak. Aku kata pernah tapi hospital private. Tak pe katanya , dia nak breefing sikit. pasal waktu melawat,waktu makan, itu ini..blablabla.. ok.sain sikit surat yang ada term benda alah tu..siap

Pukul 11.30 lunch sampai. Apa lagi makanlah. Siapa cakap makanan hospital tak sedap?  Oklah pada aku. Bayar murah tapi nak makan sedap, kau masaklah sendiri.


Lepas makan datanglah beberapa orang doktor sembang lebih kurang..dan bagi aku sejarum..huhu.. Tanpa sapu apa2 antiseptik ke apa..terus dia cucuk mentah2 tangan aku.. Darah diambil dalam 1 tiub. 


Badan aku dah rasa kurang sedap. Makcik katil didepan sana batuk tak henti. Adoi..aku ni dahlah mudah berjangkit batuk dengan orang. Aku cakap kat doktor, aku rasa nak demam, hidung dah blocking. Ada sorang doktor tu (kerek sikit) dia cakap kalau demam tak boleh buat D&C, kena balik dulu lepas tu ambik tarikh lain. Amboi..dia ingat ofis aku bapak dia punya..suka2 hati nak cuti.. ingat hospital ni, mak aku punya, esok lusa boleh masuk suka2 hati. Kotlah nak bagi aku panadol ke hapa..haram! 

Last2 aku Wssp Mylaling belikan aku panadol solubles tu.  Petang makan malam sampai dalam pukul 5.30 . Pakar bius datang interview sikit. Walaupun badan aku dah panas, aku tipu je kata aku ok. Dia mintak aku start puasa pukul 12 mlm. Lepas makan panadol pukul 10 mlm aku terlelap.

Pukul 2 pagi aku terjaga, tekak aku kering, aku minum je air. mana boleh tahan. Makcik katil depan tu asyik batuk2, pastu marah2 anak dia, suara punya kuat macam kat rumah sendiri. Aku tengok katil makcik sebelah dah kosong. Entah mana dia pergi.. sampai ke pagi aku tak lelap..tension betul dengan batuk makcik tu dan mulut dia yang potpet2 membebel tak boleh tidur pasal batuk..dah tu, orang lain bolehla tidur?? sakit pulak hati.. 

ok..next entri bersambung...