Khamis, 4 Ogos 2016

#3 RAWATAN PERTAMA- D&C Day 2

Assalamualaikum.

Azan subuh..aku bangun.  Nak sembahyang, aku masih dalam period lagi. Aku tengok makcik sebelah dah ada. Tak sempat aku tanya, awal2 dia cakap dia lari tidur kat luar, tak boleh tidur bising ..huhu..

Nurse datang, bagitau aku, mintak aku ready sebab aku kena turn pertama. Lepas mandi, pukul 7 Mylaling sampai. Semalam lepas doktor datang check aku, dia bagitau turn aku yang pertama kira2 pukul 7.30. Aku terus wssp Mylaling. Masa dia sampai kebetulan aku tengah pakai baju bedah tu.  Dia tolong ikatkan tali. Katil troli tu dah sampai, naiklah baring atas tu. 2orang nurse tolak aku ke OT (Operation Teater). Sampai disana aku di passkan kepada staf OT. Prosedur biasa, ditanya nama dan nombor IC kat aku.

tag ni nurse pakaikan masa aku dah baring atas katil troli tu..

Semalam, pakar bius cakap nak bius separuh aje. Tapi harini diorang bius full. Dipakaikan corong oksigen dan aku dimintak bernafas seperti biasa. Lepas cucuk ubat bius ikut lubang jarum ditangan.. luuppppp..padam..

Sedar2 diorang dah kejutkan aku. Bercakap dengan aku. Aku pening2 lalat lagi. Dan 1 tiub ada dalam lubang hidung kanan aku..confirm hidung aku blocking masa operation tu . Ni semua makcik batuk tu punya pasal. berjangkit sampai aku selsema dan batuk. Dipihak Mylaling..dia terima sms ni..


Perut aku terasa sakit. Tapi taklah teruk sangat. Lubang hidung aku pun sakit sebab tiub tu dan hingga ke hari ini (4 Ogos) aku masih selsema dan hidung aku masih tersumbat. Aku nampak jam didinding pukul 9 pagi. Aku ditolak balik ke wad. Mylaling dah ada disana. Sejuk OT masih terasa. 2selimut aku. Mylaling terpaksa tinggalkan aku sebab ada kerja penting. Aku pun tak kisah sangat sebab aku nak tidur. Pening belum hilang. Dia janji datang balik tengahari.

Dalam pukul 9.30 semua dah selesai dan aku tertidur. Jaga aje dah pukul 11.30. itupun sebab doktor datang. Katanya aku dah boleh bangun, pergi tandas dan makan macam biasa. Petang kalau ok aku dah boleh discharge. 

Lepas tu aku ketandas..nak terkencing.. huhu boleh tahan sakit nak kencing pun, apalagi nak basuh. Masa aku berjalan terkepit2 nak ketandas, aku dah rasa darah tengah turun..Menceceh dipaha dan aku tukar baju dan kain batik yang aku bawa. Makan tengahari sampai. Perut dah memang lapar. Last makan semalam, aku makan roti pukul 9malam. 



Tengah makan Mylaling sampai. Kesian pulak dia. Terkejar kesana sini. Lebih kurang pukul 4 aku dah boleh discharge. Tunggu surat discharge,mc dan jarum ditangan pun dicabut. Siap semua aku berjalan perlahan2 ke tingkat 4 untuk ke Kaunter Ubat segera. 1ubat je..painkiller. 

Blur lah pulak..ini Kebenaran Caj Hospital. 

Mc 2minggu

Discharge Noted

Ok. Dapat saja 3 benda ni, teruslah aku turun ke tempat daftar semalam untuk serahkan borang biru Kebenaran Caj Hospital. Jika diikutkan, aku tak perlu bayar apa2 tapi bagi melengkap prosedur keluar wad aku pergi jugak. Bab Wad aku bagi 5bintang. Layanan nurse pun 5bintang..setaraf KMC yang pernah aku warded 2kali, tapi bab nak settlekan proses discharge ni..bagi taik bintang ajelah. Itupun kalau ada.

Aku sampai disitu dengan Mylaling pukul 4.30 petang. Nombor giliran aku 431. Nombor semasa 390 lebih tak salah aku. 2orang staf saja yang bertugas. Seorang staf cina (aku dengar orang disitu panggil dia Kak Ng) agak berumur, dialah yang pulun ..yang sorang lagi tu terhegeh2 pulak. Dia tinggalkan Kak Ng tu keseorangan hampir 40minit. Dan bila dia datang balik ke kaunter, asyik layan orang yang potong Q. Contohnya yang nak discharge tu masuk bilik tu dengan staf berpakaian nurse atau pekerja biasa(uniform putih). Diorang masuk je terus tala kat dia..sembang tersenyum tersengih dekat 10minit, lepas tu settle.. so kita yang tak ada kabel ni?? tunggulah sampai mereput. Dan nombor panggilan langsung tak bergerak. Orang makin ramai. Bayangkanlah dari pukul 4.30, pukul 7.15 baru nombor aku naik. Orang ramai dah mula bising. Kaunter ada 5. Yang betul2 macam ada orang hanya kaunter Kak Ng. Ikutkan hati aku boleh blah balik macam tu je sebab macammana pun aku tak payah bayar apa2. Mujur nombor aku dipanggil kaunter Kak Ng tu. 4minit tak sampai..settle..menunggu dekat 3jam.

inilah bil yang dapat.

Ini untuk rujukan korang yang nak buat D&C di HSB. Bil dan caj yang kena bayar. Lebih kurang RM260 keatas tak lebih RM300 ikut kelas wad. Tapi Alhamdulillah, aku free aje. Untungnya kerja kerajaan. Tapi kalau private, harga seperti di bil atau mungkin lebih RM2,766.00 . Aku sarankan, kalau korang tak nak jadi bahan pembelajaran nurse praktikal, eloklah cuba dapatkan Wad Kelas 2 atau 1 ni. Sebab sepanjang aku di Wad ni, aku tak nampak kelibat nurse praktikal pun. So, dah selamat dah dari jadi bahan ujikaji.

Hari ini hari ke 4 aku berehat dirumah.. berpantang juga macam orang beranak. Pantang makan dan kerja berat aje. Bertungku mungkin 2-3hari lagi. Risau pulak aku sebab darah masih turun. Apa sahaja melibatkan rahim..luka dikorek masa D&C tetap ada. Siapa nak tau macam mana prosedur D&C tu, boleh tengok kat youtube. Next appoiment pada 1 September untuk ambil sperm Mylaling. Aku diberi pilihan buat di makmal luar atau di HSB. Lebih baik di HSB.. free. Kalau kat luar, kena bayar lagi. Dan entri seterusnya ..kita jumpa 1September nanti..





Rabu, 3 Ogos 2016

#3 RAWATAN PERTAMA -D&C Day 1

Assalamualaikum.

Sepatutnya entri ini aku tulis 30Julai lalu, tapi keadaan tidak mengizinkan.

Aku terima call dari pihak HSB pada 24 Julai dan aku diingatkan untuk datang awal pada 30 Julai untuk daftar masuk wad.

Seawal jam 8.30 pagi, (Sabtu) aku bergerak ke HSB. Mudah parking harini sebab hari cuti mingguan mungkin. Aku terus ke tempat daftar wad di kawasan lobi HSB. Orang tak ramai. Rasanya aku yang 1st.  Aku serahkan surat Kemasukan Wad yang aku terima masa 2nd appoiment dulu. Disebabkan aku penjawat awam, tiada deposit dikenakan.

Lepas tu aku dan Mylaling hala ke cafe dulu. Untuk breakfast. Maklumlah awal lagi. Ini antara tempat makan termurah di Malaysia aku rasa. Aku makan kueteow goreng+sambal bilis, teh o ais, Mylaling makan mee goreng dan teh tarik, semuanya RM4 aje. aduh!!! So jangan risau kalau tak ada duit nak makan. RM10 tu boleh makan 2 orang.

Selesai semua aku naik lif ke tingkat 2, Wad Kenanga B. Aku ditempatkan di Wad Kelas 2(Bilik berempat tapi katil ada 5  huhu) Agak sempit tapi selesalah sebab ada aircond. Tiba-tiba nurse berbangsa cina(bagus amoi ni..) tanya aku. "Puan pakai GL (Guarantee Letter) kan, tau tak Kelayakan wad untuk puan kelas apa? " Mujur sebelum ni aku sempat semak status dalam sistem HRMIS. Aku katakan aku layak Kelas 1. Dia minta aku tunggu. Pada waktu tu aku tak sempat duduk lagi di katil yang awalnya aku ditempatkan. Tak sampai seminit, nurse cina tadi datang bagitahu aku, minta aku ke Tingkat 7, Wad Bunga Raya A.

Aku dan Mylaling pun terus angkat beg naik lif ke tingkat 7 dan ke kaunter di wad berkenaan. Alhamdulilah. Wad Kelas 1 Katil Berempat ni lebih selesa dan besar dari Kelas 2. 

Dalam bilik tu ada 2katil berpenghuni. Tiba2 masuk sorang lagi penghuni, semuanya makcik2. Makcik sebelah katil aku ok je. 

Pukul 9.30 selesai semua. Mylaling terpaksa balik sebab banyak kerja perlu diselesaikan harini dan aku pun tak kisah sebab aku bukannya sakit. Sihat Walafiat. 


katil aku..tepi tingkap..

Tak lama lepas tu, datang sorang nurse, tanya aku, pernah warded tak. Aku kata pernah tapi hospital private. Tak pe katanya , dia nak breefing sikit. pasal waktu melawat,waktu makan, itu ini..blablabla.. ok.sain sikit surat yang ada term benda alah tu..siap

Pukul 11.30 lunch sampai. Apa lagi makanlah. Siapa cakap makanan hospital tak sedap?  Oklah pada aku. Bayar murah tapi nak makan sedap, kau masaklah sendiri.


Lepas makan datanglah beberapa orang doktor sembang lebih kurang..dan bagi aku sejarum..huhu.. Tanpa sapu apa2 antiseptik ke apa..terus dia cucuk mentah2 tangan aku.. Darah diambil dalam 1 tiub. 


Badan aku dah rasa kurang sedap. Makcik katil didepan sana batuk tak henti. Adoi..aku ni dahlah mudah berjangkit batuk dengan orang. Aku cakap kat doktor, aku rasa nak demam, hidung dah blocking. Ada sorang doktor tu (kerek sikit) dia cakap kalau demam tak boleh buat D&C, kena balik dulu lepas tu ambik tarikh lain. Amboi..dia ingat ofis aku bapak dia punya..suka2 hati nak cuti.. ingat hospital ni, mak aku punya, esok lusa boleh masuk suka2 hati. Kotlah nak bagi aku panadol ke hapa..haram! 

Last2 aku Wssp Mylaling belikan aku panadol solubles tu.  Petang makan malam sampai dalam pukul 5.30 . Pakar bius datang interview sikit. Walaupun badan aku dah panas, aku tipu je kata aku ok. Dia mintak aku start puasa pukul 12 mlm. Lepas makan panadol pukul 10 mlm aku terlelap.

Pukul 2 pagi aku terjaga, tekak aku kering, aku minum je air. mana boleh tahan. Makcik katil depan tu asyik batuk2, pastu marah2 anak dia, suara punya kuat macam kat rumah sendiri. Aku tengok katil makcik sebelah dah kosong. Entah mana dia pergi.. sampai ke pagi aku tak lelap..tension betul dengan batuk makcik tu dan mulut dia yang potpet2 membebel tak boleh tidur pasal batuk..dah tu, orang lain bolehla tidur?? sakit pulak hati.. 

ok..next entri bersambung...

Rabu, 8 Jun 2016

#2 TEMUJANJI KEDUA

8 JUN 2016

Assalamualaikum...

Aku tak tahu macammana nak mula kalam.. Seperti yang dicatat pada kad temujanji..pukul 7.50 pagi aku sudah sampai di Klinik O&G HSB. Boleh pulak kad aku tak ada atas meja kaunter. Mujur nurse tu ingat lagi kat aku. Cepat2 dia suruh kawan dia tekan nombor kat aku..


Harini aku tak jumpa Dr.Alifah. Tapi doktor lain pulak. Mula-mula sangat juga nak tanya, tapi kali ni banyak buat darah aku menyirap. Dr.F yang rawat(rawat ke membebel??) aku kali ni, asyik komplen bab berat kenapa tak turun. Aku tak reti ke atau dia yang bangang,boleh ke dalam masa 2 minggu berat orang boleh turun 5kg? Aku stop bercakap dan aku biarkan dia bercakap sorang2. Malas aku nak layan. Dia ingat aku tak ikhtiar ke nak turunkan berat. 


Dia kata aku ada kencing manis, aku bodoh ke dia yg buta tak baca..history pada kad tu, kencing manis tu suami aku punya cerita. Spoil mood aku. Keputusan pap smear tak keluar lagi. Tapi cara dia ni memang menyakitkan hati. 

Last2 dia pergi refer jugak dengan Dr.Rohani..dan bagi tarikh 30Julai untuk aku daftar wad. 31hb Julai aku kena buat minor operation sebab nak tengok rahim aku yang disahkan tebal dari biasa. Aku malas nak bercakap banyak. Hari ke3 puasa ..hati aku dah menyumpah2 orang.


Sekali lagi aku maki dia dalam hati. Haram tak bagi aku MC.. bagi aku time slip je nak buat sumbat apa. Ingat senang2 ke aku nak bersiap2 pulak nak masuk ofis. Sudahnya aku sampai rumah pukul 9.30.. aku sambung tidur.  Esok masuk ofis aku isi cuti ajelah..

So. kesimpulannya..hari aku menjadi sangat sial bila berjumpa doktor yang spesis macamni. Itu aje cerita.. 

Dan bab dinding rahim tebal, aku google lah nak tahu..nak harapkan doktor tu..tau bebel saja pasal berat aku. Tak payah jumpa doktor pun tak pe kalau macamni gaya.. sial betul hari ni.. 

Rabu, 25 Mei 2016

#1 TEMUJANJI PERTAMA

25 MEI 2016

Assalamualaikum WBT

Berdebar-debar rasa hati menanti tarikh ini. Tak tahu apa akan jadi. Seawal 7.30pagi aku bersama suami tercinta bertolak ke HSB. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan, pukul 7.50pagi aku sampai di HSB dan dengan mudah dapat parkir walaupun agak jauh untuk menapak. Maklumlah HSB terkenal dengan masalah parkir yang tidak pernah mampu menampung kenderaan pesakit dan pelawat.

Bersama surat rujukan yang aku dapat dari Klinik Kesihatan Kepala Batas, aku terus menuju ke Klinik Pakar O&G. Aku serahkan saja surat tu di kaunter. Seorang nurse minta kad pengenalan dan mengambil detail aku dan suami. Diberinya aku buku kad warna merah dan nombor panggilan.

Beberapa minit kemudian, aku dan suami dipanggil untuk ambil timbangan berat,tinggi dan BP (Blood Preasure). Dan kemudian aku diminta tunggu lagi.

Tak sampai 5minit, nombor aku dipanggil masuk ke bilik No.46. Apa yang boleh aku gambarkan...nervous gila. Maka bermula sesi soal jawab oleh seorang doktor muda bernama Dr.Alifah sambil dipantau doktor senior, Dr.Rohani.

Selesai sesi soal jawab, aku diminta berbaring di katil dan pemeriksaan. Maaf andai cerita selepas ini nampak agak "open".. tetapi inilah yang harus dilalui. Pemeriksaan pertama, payudara. Ditekan kedua-ua untuk memgesan sebarang ketulan atau bengkak..Alhamdulillah..pass!!

Kedua: perut mula di scan dari atas. Dan kemudian dari bawah. Sumpah..malu gila. Tapi apa nak buat. Memang itu prosedurnya. Nurse bertugas dalam bilik mungkin faham sebab aku nampak macam tak selesa, terus dia explain kat aku. Katanya, prosedur ni memang akan dibuat setiap kali rawatan. Ok..huhu

Dr. Alifah mula masukkan sesuatu,rasanya macam kelongsong untuk memudahkan peralatan dimasukan untuk lihat dunia didalam sana.

Pertama sekali, sample sel diambil untuk ujian pap smear..aduh..sakit le sikit. Dan kemudian scan panjang dimasukkan untuk teropong yang dalam tu.huhu.. dahlah aku tengah period masa tu tapi dah hujung-hujung dah.. Allahu..malunya.

Dekat setengah jam juga aku dalam bilik tu. Selesai prosedur tu.. Dr.Alifah bagi tarikh baru untuk 2nd treatment. 8 Jun, alamak, hari ke-2 berpuasa masa tu. Tak apalah..demi seorang zuriat.

Sebelum keluar dari bilik rawatan tu, aku cakap dengan dia, hari ini hari aku kerja, so macam mana? Dia pun tak cakap banyak,terus bagi MC untuk harini.


Alhamdulillah..pukul 8.50 selesai semuanya dan aku terus balik dengan senang hati sebab tak payah nak apply cuti.huhuhu..

Dan selanjutnya..tunggu sajalah 2 minggu lagi. Akan aku kongsikan di sini.. 


Ahad, 20 Mac 2016

LANGKAH PERTAMA

Assalamualaikum WBT

Hati mana yang tak sedih bila mengenangkan diri belum bergelar ibu walau sudah lama berkahwin. Bohonglah kalau ada yang kata..relax..cool..chill..

Jauh disudut hati..dan sesungguhnya kesedihan itu Allah yang Maha Mengetahui..

Untuk ini, aku catatkan perjalanan ku mencari sinar ..Demi Seorang Zuriat..

Aku kini sudah berusia 36 tahun, dan suamiku sudah menjengah 47 tahun, Jangan ditanya kenapa baru sekarang aku nak bermula. Berjauhan dengan suami, berulang-alik setiap minggu.. Penatnya Ya Allah.. dan kebencian aku pada Bahagian Pertukaran JPA  makin bertambah. Bayangkalah permohonan aku untuk bertukar sudah masuk 2 tahun, tapi langsung tidak memberi apa-apa makna. Zalimnya perempuan bernama Aliza Ismail.. biarlah Allah saja yang membalas kezaliman itu. Ah..lupakan perempuan itu..yang telah menyusahkan hidup aku..biarlah Allah saja yang pulangkan balik setiap kezaliman yang dia dah buat pada aku. Mentang-mentang dia ada kuasa..aku dibuatnya macam sampah. 

Aku mulakan catatan disini..tak tahu bila akan berakhir..segalanya akan aku catatkan di sini. Aku tidak peduli siapa yang membaca atau menjadi follower selepas ini. Semoga catatan ku ini menjadi inspirasi dan panduan kepada mereka-mereka yang senasib denganku di luar sana..

***************************************************************
20.03.2016 Ahad

Seawal jam 7.50pagi aku dan suami ke Klinik Kesihatan Kepala Batas. Tujuannya untuk dapatkan surat rujukan pakar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Aku dapat giliran ke-6. Lebih kurang pukul 9 pagi, namaku dipanggil untuk berjumpa Doktor. Sebelum itu , nurse bertugas ambil Blood Presure (BP) aku. Dan tak lama kemudian masuk berjumpa doktor. Aku bersyukur pagi itu ditemukan dengan Dr.Hazmilia yang sangat baik, melayan aku dengan cukup  baik.

Berbual macam orang yang dah kenal lama. Aku diminta untuk periksa gula dalam darah. So, kena keluar ke kaunter makmal. Lebih kurang 10 minit dah selesai. Keputusan gula aku normal 5.4. Aku kembali ke bilik rawatan. Lama juga aku berada bersama doktor. Lebih setengah jam. Pelbagai nasihat yang Dr.Hazmilia bagi pada aku sambil menulis surat rujukan.



Selesai semuanya aku keluar dari bilik rawatan dan ada suara sumbang yang tak puas hati sebab aku lama dalam bilik rawatan.. "lamanyaa.." oleh kerana aku nak cepat ke HSB, aku tak tak sempat menoleh mencari si sumbang tu.

Dalam hati aku..padan muka kau..nak cepat pergilah klinik swasta. Itu pun kalau cepat.. bayar RM1 nak bising-bising.. inilah mentaliti  orang kita.

Aku bersama suami terus ke  HSB dan dengan keadaan parkir yang sangat susah, aku masuk ke HSB , sekitar pukul 10.30. Terus aku ke Klinik Pakar O&G di tingkat bawah .

Terus aku ke kaunter, dan tunjukkan surat rujukan dari Dr.Hazmilia..dan aku diminta ke bilik 45. Aku nampak ada patient dalam bilik tu tengah berbual dengan nurse bertugas, dan kemudian aku masuk.

Bersama surat rujukan  itu, nurse tu beritahu aku yang tarikh kekosongan untuk appoiment dalah pada 25 Mei 2016 dan tak ada kekosongan untuk tarikh lain.

Nak tak nak..aku terimalah tarikh tu. Dan catatan ini akan bersambung pada 25 Mei nanti..