Ahad, 20 Mac 2016

LANGKAH PERTAMA

Assalamualaikum WBT

Hati mana yang tak sedih bila mengenangkan diri belum bergelar ibu walau sudah lama berkahwin. Bohonglah kalau ada yang kata..relax..cool..chill..

Jauh disudut hati..dan sesungguhnya kesedihan itu Allah yang Maha Mengetahui..

Untuk ini, aku catatkan perjalanan ku mencari sinar ..Demi Seorang Zuriat..

Aku kini sudah berusia 36 tahun, dan suamiku sudah menjengah 47 tahun, Jangan ditanya kenapa baru sekarang aku nak bermula. Berjauhan dengan suami, berulang-alik setiap minggu.. Penatnya Ya Allah.. dan kebencian aku pada Bahagian Pertukaran JPA  makin bertambah. Bayangkalah permohonan aku untuk bertukar sudah masuk 2 tahun, tapi langsung tidak memberi apa-apa makna. Zalimnya perempuan bernama Aliza Ismail.. biarlah Allah saja yang membalas kezaliman itu. Ah..lupakan perempuan itu..yang telah menyusahkan hidup aku..biarlah Allah saja yang pulangkan balik setiap kezaliman yang dia dah buat pada aku. Mentang-mentang dia ada kuasa..aku dibuatnya macam sampah. 

Aku mulakan catatan disini..tak tahu bila akan berakhir..segalanya akan aku catatkan di sini. Aku tidak peduli siapa yang membaca atau menjadi follower selepas ini. Semoga catatan ku ini menjadi inspirasi dan panduan kepada mereka-mereka yang senasib denganku di luar sana..

***************************************************************
20.03.2016 Ahad

Seawal jam 7.50pagi aku dan suami ke Klinik Kesihatan Kepala Batas. Tujuannya untuk dapatkan surat rujukan pakar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Aku dapat giliran ke-6. Lebih kurang pukul 9 pagi, namaku dipanggil untuk berjumpa Doktor. Sebelum itu , nurse bertugas ambil Blood Presure (BP) aku. Dan tak lama kemudian masuk berjumpa doktor. Aku bersyukur pagi itu ditemukan dengan Dr.Hazmilia yang sangat baik, melayan aku dengan cukup  baik.

Berbual macam orang yang dah kenal lama. Aku diminta untuk periksa gula dalam darah. So, kena keluar ke kaunter makmal. Lebih kurang 10 minit dah selesai. Keputusan gula aku normal 5.4. Aku kembali ke bilik rawatan. Lama juga aku berada bersama doktor. Lebih setengah jam. Pelbagai nasihat yang Dr.Hazmilia bagi pada aku sambil menulis surat rujukan.



Selesai semuanya aku keluar dari bilik rawatan dan ada suara sumbang yang tak puas hati sebab aku lama dalam bilik rawatan.. "lamanyaa.." oleh kerana aku nak cepat ke HSB, aku tak tak sempat menoleh mencari si sumbang tu.

Dalam hati aku..padan muka kau..nak cepat pergilah klinik swasta. Itu pun kalau cepat.. bayar RM1 nak bising-bising.. inilah mentaliti  orang kita.

Aku bersama suami terus ke  HSB dan dengan keadaan parkir yang sangat susah, aku masuk ke HSB , sekitar pukul 10.30. Terus aku ke Klinik Pakar O&G di tingkat bawah .

Terus aku ke kaunter, dan tunjukkan surat rujukan dari Dr.Hazmilia..dan aku diminta ke bilik 45. Aku nampak ada patient dalam bilik tu tengah berbual dengan nurse bertugas, dan kemudian aku masuk.

Bersama surat rujukan  itu, nurse tu beritahu aku yang tarikh kekosongan untuk appoiment dalah pada 25 Mei 2016 dan tak ada kekosongan untuk tarikh lain.

Nak tak nak..aku terimalah tarikh tu. Dan catatan ini akan bersambung pada 25 Mei nanti..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan